g

Daisypath Wedding tickers

Vedio Q

Kamis, 14 Maret 2013

Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri

misteri gangguan cermin Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri
Gambar Sekadar Hiasan
Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.
Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.
Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Misteri Rumah Kondo Gangguan Bau Busuk

Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.
Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.
.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar